INTISAR ACADEMY & CONSULTANCY SDN. BHD (1344067-T)
Intisar Academy & Consultancy Sdn Bhd (INTACT) ditubuhkan pada 27 September 2019. Kami komited untuk membantu usahawan industri makanan dan minuman mikro, kecil dan sederhana (SME) dalam menyediakan sistem keselamatan makanan dan pengurusan HALAL supaya mampu bersaing dengan industri makanan lain di peringkat antarabangsa.
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Kursus Latihan Pengendali Makanan merupakan kursus wajib untuk semua yang terlibat dalam mengendalikan makanan dan minuman sama ada di premis-premis makanan, pusat-pusat asuhan, pasaraya dan sebagainya bagi tujuan memberi kefahaman kepada semua pengendali makanan bagaimana menghasilkan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.
KURSUS KESEDARAN
HALAL
Tahap kebersihan serta pensijilan halal ke atas produk menjadi ukuran bagi setiap barang yang ingin dibeli atau digunakan oleh pengguna terutamanya pengguna muslim. Faktor ini menyebabkan peningkatkan ke atas permintaan produk-produk berstatus halal dalam pasaran. Justeru itu, pendedahan mengenai kaedah Pensijilan Halal adalah penting kepada eksekutif halal dan usahawan untuk meningkatkan lagi pengeluaran produk berstatus halalan toiyiban yang berkualiti untuk dipasarkan.
KURSUS
GMP
Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.
KURSUS
HACCP
Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.
AUDIT DALAMAN KESELAMATAN MAKANAN & HALAL
Fungsi audit dalaman HALAL adalah untuk memberikan satu objektif dan jaminan bebas ke atas keberkesanan proses-proses HALAL. Program ini meliputi keberkesanan dalam pengawalan keseluruhan jenis risiko HALAL dan HARAM dalam organisasi seperti mana termaktub dalam modul JAKIM.
RUNDINGAN GMP, HACCP & HALAL
Masalah utama yang dihadapi oleh industri makanan ialah kekurangan ilmu dan kefahaman mengenai proses permohonan sijil halal itu sendiri. Di samping itu, peniaga tidak jelas mengenai kepentingan sijil halal dan nilai tambah baik pensijilan ini dalam mengembangkan sesuatu perniagaan.
PEMBANGUNAN SISTEM KESELAMATAN MAKANAN (PJKM)
Memastikan kesihatan semua rakyat terjamin dengan memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan di negara ini dan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.
PEMBANGUNAN SISTEM JAMINAN HALAL
Secara ringkasnya, Sistem Jaminan Halal (SJH) membantu memastikan status keHalalan bahan mentah, proses dan produk yang mendapat pengiktirafan sijil Halal adalah dijaga dan dipantau sepanjang masa secara berterusan.
KHIDMAT NASIHAT PELABELAN MAKANAN
Khidmat Nasihat Pelabelan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak industri mengenai kesalahan secara terperinci pada label makanan. Perkhidmatan permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan ini ditawarkan kepada industri yang memerlukan khidmat nasihat pelabelan secara pilihan (tidak mandatori).
BERITA TERBARU

Apakah 16 Aspek Pelabelan Makanan Yang Wajib Dipatuhi Syarikat Komersial?
Pelabelan makanan merupakan komponen penting dalam industri makanan komersial kerana ia bukan sekadar syarat undang-undang, malah menjadi jambatan antara perniagaan dan kepercayaan pengguna. Setiap

Apa 15 Perkara Penting Tentang Sijil Pengendalian Makanan Yang Operator F&B Perlu Tahu
Sijil pengendalian makanan merupakan salah satu syarat utama yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk semua individu yang terlibat dalam penyediaan, pengendalian, dan perkhidmatan
PREMIS DIARAHKAN TUTUP: PEKERJA DI PREMIS TIDAK MEMATUHI ETIKA PENGENDALI MAKANAN
Kota Bharu, 2019 – “Empat kedai makan di sekitar Kota Bharu diarahkan ditutup kerana didapati tidak menjaga kebersihan.” Antara kesalahan-kesalahan yang menyebabkan premis-premis tersebut diarahkan
LANGGAN NEWSLETTER KAMI
FEEDBACK PELANGGAN