ABOUT US

Shazamawati Zam Hashari, Pengarah Urusan Intact Sdn Bhd merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda dengan kepujian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sains Makanan dan Pemakanan. Beliau juga mempunyai Sarjana Sains daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam mengendalikan dan membangunkan makmal analisis makanan untuk UNIPEQ UKM SDN BHD. Pengalaman beliau melebihi 20 tahun dalam  membangunkan sistem keselamatan makanan dan pengurusan halal berupaya membantu para usahawan mikro dan SME bagi meningkatkan kredibiliti premis mereka ke arah mendapatkan pensijilan HALAL & keselamatan makanan tersebut.

Servis Kami

Antara pencapaian terbesar beliau ialah mendapatkan Sijil Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) ISO 17025) untuk makmal UNIPEQ pada tahun 2006 bersama-sama ahli kumpulan beliau.

Pn. Shazamawati juga merupakan Tenaga Pengajar Kursus Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau telah melatih lebih 10 ribu peserta Kursus Latihan Pengendali Makanan semenjak tahun 2004. Ini termasuk organisasi yang terkenal seperti restoran Mc. Donald’s, Rentokil Hygiene’s, Dewina Food Industries, Fontera Production, F&N Production, F&N Dairies Pulau Indah, Faieza Marketing Sdn Bhd, Satay Kajang Haji Samuri, Kuala Lumpur Airport Services(KLAS), Malaysia Airport Niaga (MAN), Patiniaga Sdn Bhd dan banyak lagi.

Kepakaran Pn. Shazamawati adalah dalam tiga bidang utama iaitu; keselamatan makanan dan pengurusan halal, pengurusan makmal analisis makanan dan minuman, dan bidang pemakanan dan kesihatan. Dalam keselamatan makanan dan pengurusan halal, beliau mempunyai pengetahuan yang luas dalam asas kebersihan makanan, GMP, HACCP, dan pengurusan Halal. Dalam pengurusan makmal makanan, beliau mempunyai pengalaman dalam membangunkan SAMM ISO/IEC 17025, amalan perkerjaan yang baik (GLP) untuk makmal kimia & mikrobiologi, kajian makanan menggunakan GC GCMS-QQQ, HPLC, HPLC-MS, RRLC dan AAS. analisis kolestrol dan derivatif dan sebagainya.

TRAINING PROVIDER CERTIFICATE
MINISTRY OF FINANCE CERTIFICATE

FEEDBACK PELANGGAN

PROGRAM AKAN DATANG

Lihat program atau kursus-kursus yang akan kami adakan

PROGRAM AKAN DATANG

Lihat program atau kursus-kursus yang akan kami adakan