KURSUS PELABELAN, PEMBUNGKUSAN DAN PENGAWETAN MAKANAN

APA ITU KURSUS PELABELAN, PEMBUNGKUSAN DAN PENGAWETAN MAKANAN?

Sejajar dengan perubahan polar isi keluarga, pengguna yang lebih mementingkan kualiti hidup serta keselesaan dan penglibatan wanita yang aktif dalam arena pekerjaan menyebabkan pasaran untuk makanan terproses telah meningkat dengan pesatnya. Keadaan ini telah memberi peluang industri makanan tempatan untuk berkembang dengan lebih maju. Untuk lebih berdaya saing, industri makanan negara ini terutamanya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu mengambil langkah yang lebih proaktif untuk menyahut cabaran ini.

 

Inovasi dalam pemprosesan, pembungkusan, pelabelan dan persembahan produk dalam industri makanan merupakan elemen yang sangat penting dalam memperkasakan industri makanan sama ada di dalam negara, mahupun di pasaran global. Selain memastikan produk yang dihasilkan bersih dan selamat, jenis bahan mentah, bahan tambah untuk ketahanan produk, pemilihan bahan pembungkusan bagi menghindari faktor kerosakan disebabkan persekitaran seperti suhu, kelembapan, pencemaran, kecederaan mekanikal dan memberi kemudahan semasa pengendalian dan pengedaran, turut berperanan memberi nilai tambah kepada hasil produk yang dibungkus.

 

Kaedah pelabelan juga perlu dititik beratkan oleh pengeluar dan pengilang supaya memenuhi kehendak Akta Makanan 1983 juga Peraturan-peraturan Makanan 1985. Pelabelan yang betul dapat memberi maklumat yang berguna kepada pengguna. Bengkel ini menyediakan pengetahuan asas yang mesti difahami oleh semua para pengeluar makanan, dalam usaha meningkatkan keupayaan menghasilkan makanan yang berkualiti sehingga berupaya menempatkan produk ke pasaran global. Usahawan pengeluar makanan berpeluang untuk mendapat terus khidmat nasihat daripada pakar dengan menyatakan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk dibincangkan.

ANDA USHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN BAHARU?

Pening cara pelabelan makanan dan pemakanan yang betul?

Keliru jenis pembungkusan yang sesuai untuk produk anda?

Bimbang bahan pengawet yang anda gunakan boleh merosakkan rasa asli produk anda?

INTISAR ACADEMY & CONSULTANCY SEDIA MEMBANTU ANDA!

OBJEKTIF KURSUS

Sasaran

PESERTA

Minimum 100 penyertaan daripada industri.

Pihak penganjur mengharapkan kerjasama dan tajaan daripada pembekal peralatan pemprosesan makanan, pembungkusan dan bahan tambah makanan untuk menjayakan lagi program ini.

 

JOM SERTAI KAMI PADA TARIKH 11 SEPTEMBER 2022 !! 

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI..

Tentatif

KURSUS

Profil

PENCERAMAH & PENGENDALI BENGKEL

PROF. DR. MAARUF ABDUL GHANI

Prof. Dr. Maaruf Abd Ghani, adalah graduan Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Makanan dan Pengurusan Perniagaan daripada UKM, Sarjana dalam Kejuruteraan Makanan daripada UPM dan Sarjanan Lanjutan (PhD) dalam pemprosesan makanan daripada Universiti Of Nottingham, UK.

Prof. Dr. Maaruf memulakan kerjaya profesionalnya sebagai Eksekutif Kawalan Kualiti pada tahun 1995 di AYAMAS, Pelabuhan Klang, Kilang Tepung Persekutuan, Pelabuhan Klang dan ADABI Consumer (M) Sdn. Bhd.

Beliau menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1998 hingga sekarang sebagai pensyarah dan penyelidik khusus dalam pemprosesan makanan dan keselamatan makanan.

Kini, Dr Maaruf dilantik sebagai Ketua Pusat Kecemerlangan Inovasi dan Pengecapan (MANIS), UKM, Dekan Bantuan (Usahawan dan Kreativiti), FST UKM, Ketua Perhubungan Perindustrian dan penjanaan kekayaan, FST UKM dan juga terlibat dalam perundingan dan latihan (lebih daripada 50 industri makanan termasuk SME) terutamanya dalam pembungkusan makanan dan jangka hayat, pembangunan produk makanan dan inovasi, program kawalan rantai makanan, kebersihan makanan asas (sijil pengendali makanan), pembangunan dan pelaksanaan pengurusan kebersihan makanan, Pengurusan Keselamatan Makanan (ISO 22000), kursus kesedaran GMP & HACCP, persediaan untuk mendapatkan maklumat, pengenalan dasar, prinsip dan aplikasi kursus pengauditan, pengauditan, pengawasan yang selamat, prosedur & dasar kebersihan makanan, pembangunan dan reka bentuk premis makanan, pemprosesan makanan dan Inovasi, pengurusan makanan HALAL dan lain-lain.

Beliau juga merupakan anggota komiti teknikal MIFT, KKM, JAKIM, SIRIM dan Persatuan Usahawan PKS dan Pakar Matematik Yayasan Inovasi Malaysia dan CESMED, UKM.

PN. SHAZAMAWATI BINTI ZAM HASHARI

Merupakan pemegang Ijazah Kepujian daripada Universisti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sains Makanan & Pemakanan dan Sarjana Sains & Teknologi daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beliau adalah bekas Pengurus Teknikal Makmal untuk Unit Penyelidikan Kualiti Makanan (UNIPEQ) dan mempunyai 20 tahun pengalaman dalam aspek pengurusan halal dan keselamatan makanan.

Kini, beliau merupakan Pengarah SHAZAZH Management & Services, syarikat yang menjalankan khidmat latihan dan konsultansi untuk industri makanan dan minuman dalam membangunkan sistem keselamatan makanan dan pengurusan halal juga merupakan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau merupakan jurulatih Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh KKM semenjak tahun 2004. Lebih daripada 5000 orang telah dilatih oleh beliau dalam menghasilkan makanan yang bersih dan selamat.

Antara kakitangan syarikat yang telah dilatih oleh beliau ialah Mc. Donald, Rentokil, Dewina Food Industries, Fontera, F&N Diaries Pulau Indah, F&N (PJ), Faeiza Marketing, Sate Kajang Hj. Samuri, KL Airport Services (KLAS), Malaysia Airport Niaga (MAN), Termerloh KateringSdn Bhd, Patiniaga Sdn Bhd, dan lain-lain lagi.

Beliau juga adalah jurulatih yang dilantik oleh PNS untuk melatih usahawan-usahawan di bawah PNS dalam aspek keselamatan makanan dan pengurusan Halal. Beliau telah dan sedang membangunkan program keselamatan makanan untuk beberapa syarikat bumiputera seperti Patiniaga Sdn Bhd, Ani Sup Utara, Serai Food Industries, JM Bariani Houses, D’Tandoor Restaurant, Dapur Penyet dan lain-lain lagi.

YURAN KURSUS

KURSUS SEPANJANG HARI PADA 

11 SEPTEMBER 2022

MENGANDUNGI 3 TAJUK YANG BERLANGSUNG SELAMA 3 JAM/SESI

SECARA

ONLINE 

(ZOOM)

HARGA RM199/PAX

UNTUK 3 TAJUK

HARGA RM169/PAX JIKA MENDAFTAR SECARA BERKUMPULAN. HUBUNGI: 0105549265

PENDAFTARAN

[gravityform id="2" title="false" description="false" ajax="true" tabindex="49" field_values="check=First Choice,Second Choice"]

Hubungi kami

Jika anda berminat untuk menyertai Kursus Pelabelan, Pembungkusan dan Pengawetan Makanan , anda boleh menghubungi kami di nombor talian seperti dibawah.

Email kami

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan yang kami sediakan, anda boleh email kami dan kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.