Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Melihat kepada senario semasa ketika ini dengan penularan wabak koronavirus, Islam punyai langkah-langkah pencegahan yang sangat komprehensif, dimana Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan terutamanya untuk mencegah jangkitan COVID 19 ini.

DUNIA WANITA EPISOD 3 | PERANGI CORONAVIRUS – MENJAGA KEBERSIHAN AMAT PENTING!

Budaya menjaga kebersihan adalah amat dituntut dalam agama Islam. Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengamalkan kebersihan dan ia menrangkumi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal, tempat beribadah, tempat awam, dan sebagainya. Ianya sangat selaras dengan matlamat kita kini iaitu untuk mencegah jangkitan COVID 19.

Bagaimana Menjaga Kebersihan Boleh Mencegah Jangkitan COVID 19

Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Menjaga kebersihan boleh menghidarkan diri daripada mendapat penyakit. Ini kerana kekotoran merupakan antara punca penyebab terjadinya penyakit termasuk untuk mencegah jangkitan COVID 19

Kebersihan disudut pandangan Islam bukan sahaja kebersihan jasmani malah ia  merangkumi kebersihan hati nurani daripada sifat kufur dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa seperti perbuatan mensyirikkan dan menyekutukan Allah Subhanahu Wata’ala, menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela) seperti hasad dengki, sombong, bangga diri, riak dan seumpamanya. Melalui kebersihan rohani ini boleh menjadikan kita insan yang berakhlak mulia dan terpuji.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:

عن أبو مالك الأشعري قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الطهور شطرالإيمان (رواه إمام مسلم)

Maksudnya:

Daripada Abu Malik Al-Ansyari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Sesungguhnya agama Islam juga menitik beratkan kebersihan dalam mengerjakan amal ibadah kerana Allah menyukai hambaNya yang sentiasa mensucikan diri sebelum melakukan ibadah seperti sembahyang di mana seseorang itu hendaklah memastikan diri, pakaian dan tempat sembahyangnya dalam keadaan bersih dan suci dan terhindar dari segala najis begitu juga dengan memegang Al-Qur’an, melakukan tawaf dan sebagainya hendaklah dengan berwuduk.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 222:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوّٰبِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
صدق الله العظيم

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang senantiasa mensucikan diri”

Kebersihan merupakan satu kefardhuan untuk amal ibadah seseorang Muslim itu diterima oleh Allah SWT.

Begitu juga dengan aspek pemakanan:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ

MaksudnyaSesungguhnya Allah mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, dan daging babi.
(Surah al-Baqarah: 173)

Allah telah mengharamkan makanan-makanan yang kotor, jijik dan mempunyai kuman-kuman atau virus yang boleh membahayakan manusia.

Dalam aspek penyembelihan juga menunjukkan betapa halusnya Islam mengaturcara kehidupan penganutnya. Cara penyembelihan yang dianjurkan Islam dengan memotong saluran pernafasan, makanan dan saluran darah daripada kepala ke jantung dan jantung ke kepala dengan penuh ihsan dan pada tempat yang spesifik tanpa memutuskan saraf tunjang belakang (Makruh) bagi mengelakkan terhentinya jantung secara tiba-tiba adalah satu kaedah yang telah terbukti dalam kajian santifik berupaya menyingkir semua darah daripada dalam badan haiwan tersebut yang mempunyai pelbagai kuman yang berbahaya.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Amalan mencuci tangan adalah satu langkah paling mudah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit menerusi penyebaran bakteria, virus dan parasit dan dapat mencegah Jangkitan COVID 19.

Ini kerana, tangan kita boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis mikroorganisma yang menjadi punca penyakit. Jangkitan merebak dari individu ke individu melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas menyentuh permukaan atau memegang peralatan yang tercemar dengan virus daripada batuk atau bersin pesakit terutamanya dalam mencegah jangkitan COVID 19.

Menerusi tangan, anggota badan ini cekap memindahkan bakteria dan virus berikutan selepas menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut, mikroorganisma terbabit terus sampai ke pintu masuk badan kita.
Antara penyakit yang tersebar melalui sentuhan seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Coronavirus (MERS-CoV), Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dan Demam Virus Influenza A (H1N1).

Memandangkan kebersihan ini sangat dituntut dalam Islam oleh itu jadikanlah ia satu budaya dalam kehidupan kita. Adapun membudayakan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari rumah. Oleh itu, ibubapa hendaklah membimbing dan mengajar anak-anak sejak dari kecil lagi, kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Antara contoh yang boleh ditunjukkan oleh ibubapa adalah dengan mempraktikkan amalan kebersihan di hadapan anak-anak. Seperti membuang sampah di tempat yang sepatutnya, membasuh tangan sebelum dan selepas makan, menutup mulut ketika batuk atau bersin dan sebagainya. Selain itu kebersihan luar rumah juga perlu diambil perhatian seperti memotong rumput-rampai di halaman dan di sekeliling rumah, membersihkan longkang dan saliran air. Begitu juga sampah sarap janganlah dibuang merata-rata tempat sehingga menganggu jiran dan orang lain. Oleh itu, ibubapa memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak mengamalkan nilai kebersihan dalam kehidupan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas pada masa hadapan. Dengan budaya dan amalan kebersihan ini akan menjadikan sesebuah negara itu disanjung tinggi di mata dunia. Cegah Jangkitan COVID 19 yang boleh menyebabkan kematian ini.

Baca juga : 10 perkara yang dipelajari dalam kursus pengendalian makanan

Akhir kata:

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Amalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin, sama ada dengan menggunakan tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask);
  • Buang tisu atau penutup mulut dan hidung (face mask) ke dalam tong sampah bertutup sejurus selepas ianya digunakan;
  • Jarakkan diri dari individu yang bergejala, sekurang-kurangnya dalam jarak 1 meter;
  • Rehat di rumah dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai jika bergejala. Sekiranya perlu ke tempat awam, gunakan penutup mulut dan hidung (face mask).

Jom kita Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Daftar Kursus Pengendalian Dengan Intisar Academy & Consultancy

Pengarah
Intisar Academy & Consultancy Sdn Bhd
Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Melihat kepada senario semasa ketika ini dengan penularan wabak koronavirus, Islam punyai langkah-langkah pencegahan yang sangat komprehensif, dimana Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan terutamanya untuk mencegah jangkitan

peraturan kebersihan makanan 2009

3 Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang paling penting

“Pengendali makanan” dalam peraturan kebersihan makanan termasuklah mana-mana orang yang:- (a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan (c) mengendalikan kebersihan makanan yang