3 Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang paling penting

“Pengendali makanan” dalam peraturan kebersihan makanan termasuklah mana-mana orang yang:-

(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan;

dan

(c) mengendalikan kebersihan makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,


dalam mana-mana premis makanan.


“Premis makanan” ialah apa-apa bangunan atau khemah atau struktur lain, kekal atau sebaliknya yang digunakan untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan.


Berdasarkan kepada terjemahan yang diberikan oleh akta dan peraturan di atas, premis makanan adalah restoran, cafe, kantin sekolah, kilang penghasilan makanan, taska, tadika, pusat ana-anak yatim, orang tua, kedai runcit, supermarket dan sebagainya berada dalam kategori wajib untuk mereka hantar kakitangan mereka ke Kursus Pengendalian Makanan.


[Kewajipan am tuan punya, pemunya atau penghuni premis makanan]

Peraturan kebersihan makanan

Baca juga : 10 perkara yang dipelajari dalam kursus pengendalian makanan

PERATURAN 11(1)(b) tidak menggaji atau membenarkan mana-mana pengendali makanan bekerja di premis makanannya melainkan jika pengendali makanan itu telah menjalani latihan pengendali makanan dan telah diperiksa dari segi perubatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar masing-masing sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 30 dan 31.


PERATURAN 11 (2) Mana-mana tuan punya, pemunya, penghuni premis makanan yang tidak mematuhi subperatutan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.


PERATURAN 30 (3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan tidak menjalani latihan atau memiliki sihil melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Untuk memiliki Sijil Pengendalian Makanan yang sah, sila mendaftar disini.

Daftar Kursus Pengendalian Dengan Intisar Academy & Consultancy

Pengarah
Intisar Academy & Consultancy Sdn Bhd
Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Melihat kepada senario semasa ketika ini dengan penularan wabak koronavirus, Islam punyai langkah-langkah pencegahan yang sangat komprehensif, dimana Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan terutamanya untuk mencegah jangkitan

peraturan kebersihan makanan 2009

3 Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang paling penting

“Pengendali makanan” dalam peraturan kebersihan makanan termasuklah mana-mana orang yang:- (a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan (c) mengendalikan kebersihan makanan yang