KERACUNAN PUDING BUIH: 9 PERKARA PENIAGA PERLU FAHAM & LAKSANAKAN PENGENDALIAN MAKANAN YANG BETUL

Puan SHAZAMAWATI ZAM HASHARI mengulas tentang kejadian keracunan puding buih yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Semenjak perintah kawalan pergerakan (PKP) perniagaan berasaskan makanan dan minuman berkembang dengan pesat. Banyak syarikat perniagaan yang tidak boleh beroperasi beralih kepada perniagaan makanan dan minuman, dan ramai juga mengadakan khidmat penghantaran dalam usaha untuk menampung kos perbelanjaan pada bisnes yang sedia ada. Perniagaan makanan dan minuman yang melibatkan penghantaran ini terus meningkat pada Ramadan baru-baru ini.

Langkah langkah untuk mengelakkan keracunan makanan

Perniagaan makanan dan minuman adalah satu perniagaan yang berisiko tinggi kerana jika tidak dikendalikan dengan baik dan betul dan belajar tentang langkah langkah untuk mengelakkan keracunan makanan, ia berupaya menyebabkan keracunan makanan dan boleh membawa kepada kematian seperti kes keracunan puding buih yang berlaku di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Keracunan Puding Buih

Perniagaan makanan dan minuman terdedah kepada tiga (3) risiko pencemaran utama iaitu, pencemaran biologi, pencemaran kimia dan juga pencemaran fizikal.

Pencemaran biologi berlaku apabila makanan atau minuman tersebut terdedah kepada bakteria yang menyebabkan makanan dan minuman tersebut mudah rosak, basi dan juga berupaya memudaratkan orang yang makan atau minum produk yang dihasilkan apabila terdedah kepada bakteria patogen (bakteria jahat) yang mengakibatkan keracunan makanan dan juga kematian.

Baca juga : 10 perkara yang dipelajari dalam kursus pengendalian makanan

Pencemaran kimia pula boleh berlaku apabila makanan atau minuman tersebut terdedah  kepada bahan mentah yang terkena racun kimia atau toksin yang dihasilkan oleh kulat atau cendawan yang terdapat pada bahan mentah seperti bijiran, jagung, gandum dan sebagainya, juga bahan kimia yang sedia dalam sesebuah premis mahupun pengangkutan yang digunakan untuk mengangkut makanan.

Manakala pencemaran fizikal boleh berlaku apabila terdapat kaca, paku, dawai kokot dan sebagainya dalam makanan dan minuman yang disediakan akibat pengendalian makanan yang tidak baik

Secara asasnya punca keracunan makanan seperti keracunan puding buih ini boleh berlaku disebabkan oleh empat (4) pencemaran berikut iaitu bakteria atau racun (toksin) bakteria dan virus; pencemaran bahan kimia seperti racun serangga, rumpai; pencemaran logam berat seperti merkuri (raksa), arsenic, plumbum dan sebagainya, juga pencemaran oleh tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan, kekerang dan sebagainya.

Antara Punca Punca berlakunya Kes Keracunan Puding Buih

Apabila berlaku kes keracunan makanan seperti keracunan puding buih yang heboh diperkatakan di social media, siasatan akan dilakukan seperti berikut:

  1. Punca keracunan seperti kejadian keracunan puding buih disebabkan oleh apa? Jika pencemaran oleh bahan kimia, pesakit tersebut akan mengalami keracunan secara terus atau 1-2 jam selepas makan. Jika keracunan disebabkan oleh bakteria maka secara puratanya pesakit akan mengalami simptom keracunan makanan, selepas 8 jam makanan atau minuman tersebut dimakan atau diminum. Najis pesakit akan diambil untuk di analisa secara terperinci dan biasanya keputusannya boleh diperolehi dalam masa 3-5 hari.
  2. Bagaimana pencemaran tersebut berlaku? Satu siasatan terhadap premis dan pengendali makanan akan dibuat. Premis akan diperiksa sama ada mereka punyai lessen perniagaan atau tidak, lihat asam ada pendaftaran premis dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dilaksanakan atau tidak, pengendali makanan terlatih atau tidak dan sebagainya. Kaedah pembuatan dan penggunaan bahan-bahan akan dikaji bermula daripada pembelian sehinggalah produk tersebut siap. Analisis swab akan dilaksanakan di permukaan premis di mana produk tersebut dihasilkan. Suhu pengendalian, penyimpanan dan pemasakan makanan akan diambil dan disiasat. Semua maklumat produk akan diambil secara terperinci.
  3. Langkah kawalan yang boleh dibuat untuk mengelakkan keracunan makanan akan dikenalpasti berdasarkan penilaian terhadap kawalan titikbahaya dalam penghasilan produk makanan.

Keracunan makanan seperti keracunan puding buih boleh berlaku disebabkan oleh banyak perkara, bermula daripada pemilihan bahan mentah sehingga kepada penyimpanan dan cara hidangan produk dibuat. Antara sebab yang berupaya menyebabkan berlakunya keracunan makanan ialah

  1. Pengunaan bahan mentah yang telah rosak, tercemar atau mengandungi racun atau toksin bahaya.
  2. Penyimpanan bahan mentah yang tidak betul, bercampur dengan bahan mentah lain dan tercemar.
  3. Penyahbekuan bahan mentah seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya tidak dilakukan dengan betul
  4. Pengendali makanan yang menyediakan makanan tersebut mempunyai penyakit dan tidak melakukan penyediaan makanan dengan bersih
  5. Premis penghasilan makanan tidak bersih dan tidak melaksanakan pembersihan secara berkala dengan baik
  6. Makanan tidak dimasak atau dipanaskan dengan sempurna atau suhu yang digunakan tidak mencukupi untuk membunuh bakteria patogen yang terdapat dalam makanan.
  7. Penyimpanan makanan yang tidak betul, tidak mengikut suhu pegangan yang sepatutnya berdasarkan kepada jenis proses makanan tersebut dihasilkan.
  8. Hidangan makanan tidak dilakukan dengan betul, terdedah kepada haiwan perosak dan melebihi daripada 4 jam.
  9. Pengangkutan dalam penghantaran makanan tidak mengikut keperluan pegangan suhu sesuatu makanan.

Oleh itu sesiapa yang terlibat dalam perniagaan makanan perlu tahu bagaimana mengendalikan makanan yang mereka hasilkan dengan selamat bermula daripada pemilihan bahan mentah sehingga kepada makanan tersebut sampai kepada pelanggan dan mengetahui bagaimana langkah langkah untuk mengelakkan keracunan makanan daripada berlaku.

Oleh sebab itu semua para pengendali makanan termasuklah pihak pengurusan sesebuah premis makanan telah diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang mana salah satunya adalah diwajibkan untuk mereka menghadiri KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN yang diadakan oleh Sekolah-sekolah Pengendalian Makanan (SLPM) di bawah KKM.

Dalam kursus ini mereka akan faham bagaimana seharusnya mereka pastikan makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan oleh para pengguna yang membelinya supaya tidak lagi terjadi seperti kes keracunan puding buih itu.

Merujuk kepada kes keracunan makanan terhadap produk Puding Buih di Terengganu baru-baru ini, yang telah menyebabkan 99 orang keracunan makanan dan seorang meninggal dunia, didapati pihak peniaga tidak mempunyai lesen perniagaan, walaupun ianya masih dalam siasatan KKM, berdasarkan kepada kaedah penyediaan yang dibuat kemungkinan untuk berlaku keracunan makanan adalah sangat tinggi.

Didapati salah satu titik kritikal di situ adalah ketika penyediaan buih daripada putih telur. Ianya bermula daripada proses pemilihan telur. Oleh kerana putih telur yang digunakan tidak masak maka pemilihan telur perlulah daripada telur yang punyai kualiti yang baik dan masih elok, dicuci dengan betul terlebih dahulu sebelum dipecahkan dan dipukul untuk membentuk buih. Operasi penyediaan perlu dilaksanakan dengan bersih dan pengendali makanan perlu memakai pakaian pelindung yang sempurna bagi mengelakkan berlakunya pencemaran silang. Sekiranya terdapat bakteria patogen (Salmonella Sp, pada kebiasaannya) pada telur, proses penghasilan puding buih tersebut tidak berupaya membunuh bakteria tersebut kerana ia tidak menggunakan suhu yang tinggi yang melebihi 63°C.

Pesanan saya pada usahawan makanan dan minuman termasuk mereka yang terlibat dalam penghantaran makanan:

  1. Tuntutlah ilmu terlebih dahulu dengan menghadiri Kursus Pengendalian Makanan yang telah diwajibkan oleh KKM menerusi SLPM yang telah dilantik oleh KKM. Kes keracunan makanan kepada pelanggan kepada pelanggan seperti kes keracunan puding buih ini boleh dielakkan.
  2. Pastikan langkah langkah untuk mengelakkan keracunan makanan bermula daripada pemilihan bahan mentah sehingga produk sampai kepada pelanggan dilaksanakan dengan baik dan diberikan pehatian sewajarnya.
  3. Semua pengendali makanan yang terlibat termasuklah mereka yang melakukan penghantaran makanan perlu tahu, faham dan mengikut prosedur yang betul bagi mengelakkan keracunan makanan dan tahu langkah langkah untuk mengelakkan keracunan makanan.

Daftar Kursus Pengendalian Dengan Shazazh Management & Services

SHAZAMAWATI ZAM HASHARI

Pengarah
SHAZAZH Management & Services
Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM

Daftar Kursus Pengendalian Dengan Intisar Academy & Consultancy

Pengarah
Intisar Academy & Consultancy Sdn Bhd
Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Melihat kepada senario semasa ketika ini dengan penularan wabak koronavirus, Islam punyai langkah-langkah pencegahan yang sangat komprehensif, dimana Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan terutamanya untuk mencegah jangkitan

peraturan kebersihan makanan 2009

3 Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang paling penting

“Pengendali makanan” dalam peraturan kebersihan makanan termasuklah mana-mana orang yang:- (a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan (c) mengendalikan kebersihan makanan yang