PREMIS DIARAHKAN TUTUP: PEKERJA DI PREMIS TIDAK MEMATUHI ETIKA PENGENDALI MAKANAN

Kota Bharu, 2019 – “Empat kedai makan di sekitar Kota Bharu diarahkan ditutup kerana didapati tidak menjaga kebersihan.”

Antara kesalahan-kesalahan yang menyebabkan premis-premis tersebut diarahkan tutup adalah kerana pemakaian pengendali makanan yang tidak lengkap, pengendali makanan memakai aksesori tangan dan gagal mengekalkan kebersihan premis. Pegawai Kesihatan tersebut turut mengesan bahawa pemilik premis tersebut telah membenarkan pekerja yang tiada suntikan anti-tifoid serta tidak menghadiri latihan pengendali makanan untuk mengendalikan makanan di kedai mereka.

Tahukah anda, keselamatan dan kebersihan sesuatu makanan bermula daripada pengendali itu sendiri?

Etika pemakaian seseorang pengendali makanan merupakan aspek yang penting untuk dipatuhi bagi memastikan keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan. Pemakaian yang tidak mematuhi etika akan menyumbang kepada punca pencemaran semasa dan selepas penyediaan makanan. Selain itu, pekerja yang memakai aksesori tangan semasa penyediaan makanan turut menyumbang kepada pencemaran makanan kerana aksesori yang dipakai berkemungkinan besar akan terjatuh ke dalam makanan tersebut. Ia bukan sahaja menjadi punca pencemaran makanan, malah membahayakan kerana aksesori yang dipakai kebiasannya bersaiz kecil dan boleh menyebabkan bahaya kepada pelanggan sekiranya tertelan kerana tidak perasan. 

Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan pemakaian yang mematuhi etika?

Secara asasnya, setiap pengendali makanan perlu:

  1. Memakai topi atau penutup kepala yang berwarna cerah, serta memastikan ia menutup keseluruhan rambut.
  2. Memakai pakaian pelindung pada badan seperti apron, menutupi paras dada sehingga lutut dan apron tersebut mestilah berwarna cerah. 
  3. Memakai sarung tangan pakai buang sekiranya perlu, dan dilarang memakai sebarang aksesori seperti cincin, gelang, dan sebagainya.
  4. Memakai kasut bertutup penuh yang selamat (tidak licin).
 

     Kebersihan premis juga perlu dijaga bagi mengelakkan kuman dan bakteria dari kotoran-kotoran yang ada merebak ke dalam makanan. Misalnya, lantai yang kotor, dinding berlumut, peralatan-peralatan yang digunakan tidak segera dibasuh, tong sampah tidak diurus dengan baik, dan sebagainya. Perkara-perkara ini akan menjejaskan kualiti makanan yang disediakan di samping membawa imej yang tidak baik kepada premis itu sendiri. Ia juga boleh menyebabkan kejadian keracunan makanan yang akhirnya memudaratkan pelanggan. Benar, cubalah kita bayangkan siapa pula yang hendak datang makan di premis kita sekiranya ia tidak bersih? Bukan setakat tidak mahu makan, hendak singgah pun tak lalu.

Sebagai pelanggan yang bijak, kita disarankan supaya mengutamakan premis yang bersih untuk menjadi tempat pilihan bagi menjamu selera. Jadi, bagaimana pula yang dikatakan dengan premis yang diyakini bersih?

  1. Premis tersebut bersih dan kawasannya jauh daripada asap kenderaan, tempat pembuangan sampah, longkang tersumbat atau tangki septik.
  2. Makanan dan minuman di premis tersebut dihidangkan menggunakan bekas yang sesuai, bersih dan bertutup.
  3. Premis tersebut lengkap dengan kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih dan selamat, bekalan elektrik, saliran longkang yang baik dan tong sampah yang bertutup.
  4. Premis tersebut mestilah bebas dari serangga, tikus dan lain-lain haiwan perosak.
  5. Premis tersebut mempunyai peralatan bersih dan sempurna seperti meja yang bersih.

Kebersihan premis juga boleh dicerminkan oleh peribadi yang bersih dari seorang pekerja / pengendali makanan di premis tersebut, contohnya:

 

  1. Mengamalkan kebersihan diri, memakai apron dan penutup kepala yang bersih dan sesuai.
  2. Mempunyai kuku dan rambut yang pendek.
  3. Menggunakan penyepit, sudu atau garpu semasa mengambil makanan.
  4. Menutup makanan yang telah dimasak.
  5. Menggunakan tuala khusus dan berasingan untuk mengelap tangan, meja dan pinggan mangkuk.
  6. Menjaga kebersihan persekitaran di dalam dan di luar premis.
  7. Tidak merokok, makan sirih, makan atau minum semasa mengendalikan makanan.
  8. Tidak bersin, batuk, menggaru atau meludah merata-rata.
  9. Tidak menindih makanan semasa menghidang.
  10. Tidak memakai perhiasan diri seperti gelang, cincin dan jam.

Penyakit tifoid, atau lebih dikenali sebagai demam kepialu dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit yang boleh membawa maut. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mencegah penyakit ini dan menguatkuasa undang-undang berkaitan makanan agar demam kepialu tidak merebak dalam negara. Namun jangkitan ini masih terjadi akibat sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mematuhi garis panduan penyediaan makanan atau produk lain berasaskan makanan. Penyakit demam kepialu ini sangat asing dalam kalangan negara maju kerana mereka telah berjaya dalam memerangi penyakit ini dan usaha mencegah penyakit ini terus berjaya di negara-negara tersebut. Namun yang demikian, penyakit tifoid ini terus menjadi beban dan menular dalam kalangan negara-negara membangun. 

 

 

Mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Akta Makanan 1983, semua pengendali makanan, sama ada warga asing atau tidak, perlu mendapatkan suntikan vaksin (suntikan antitifoid) daripada mana-mana pengamal perubatan berdaftar. Di bawah akta yang sama, setiap pengendali makanan perlu menghadiri kursus latihan pengendali makanan bersama sekolah-sekolah latihan pengendali makanan yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengendali makanan atau pemilik premis yang tidak mematuhi peraturan itu boleh dedenda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Jom sertai kami di Kursus Latihan Pengendali Makanan untuk mengetahui kupasan-kupasan lanjut beserta penerangan yang sangat jelas dari jurulatih yang telah diakreditasi oleh KKM. 

 

Daftar Kursus Pengendalian Dengan Intisar Academy & Consultancy

Pengarah
Intisar Academy & Consultancy Sdn Bhd
Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Melihat kepada senario semasa ketika ini dengan penularan wabak koronavirus, Islam punyai langkah-langkah pencegahan yang sangat komprehensif, dimana Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan terutamanya untuk mencegah jangkitan

peraturan kebersihan makanan 2009

3 Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang paling penting

“Pengendali makanan” dalam peraturan kebersihan makanan termasuklah mana-mana orang yang:- (a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan (c) mengendalikan kebersihan makanan yang