USAHAWAN F&B WAJIB TAHU TENTANG PENYEDIAAN MAKANAN BERSIH DAN SELAMAT

Sebagai Usahawan makanan dan minuman satu kewajipan yang penting bagi anda ialah untuk tahu tentang penyediaan makanan bersih dan selamat untuk dimakan.

Penyediaan makanan bersih dan selamat

Bagaimana hendak tahu tentang penyediaan makanan bersih dan selamat untuk dimakan?

Pertama sekali pengusaha makanan dan minuman wajib menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan, ini termaktub di dalam Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 pada perkara 30 (1 hingga 3). Anda boleh didenda sebanyak RM10 ribu atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun jika gagal menghadiri mana-mana Latihan Pengendali Makanan.

Kursus ini dikendalikan oleh Sekolah-sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang telah diakreditasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). SHAZAZH M&S merupakan salah sebuah SLPM yang telah diakreditasi oleh KKM.

Menerusi kursus ini anda akan tahu kaedah pengendalian makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan dan tidak menyebabkan keracunan ataupun kematian apabila ianya dimakan.

Baca juga : KERACUNAN PUDING BUIH: 9 PERKARA PENIAGA PERLU FAHAM & LAKSANAKAN PENGENDALIAN MAKANAN YANG BETUL

Penyediaan Makanan Bersih Dan Selamat adalah merangkumi 3 perkara:

  1. Kebersihan pengendali makanan itu sendiri. Pengendali makanan mesti mempunyai kesihatan yang baik, pengunaan pakaian pelindung yang bersih dan betul, tabiat yang betul dalam mengelakkan berlakunya pencemaran silang.
  2. Kebersihan peralatan. Ia termasuklah jenis peralatan yang digunakan, cara penyimpanan, cara pembersihan dan cara pengendalian yang betul.
  3. Kebersihan premis. Ianya bermula daripada pemilihan lokasi, penyelenggaraan secara berkala, pengurusan sisa buangan dan sampah yang cekap, kawalan makhluk perosak dan sebagainya.

Walau bagaimanapun kebersihan tidak menjamin sesuatu makanan itu selamat untuk dimakan. Terdapat juga kes-kes keracunan makanan berlaku daripada premis yang telah mendapat Gred A dalam kategori kerbersihan premis.

Dalam usaha menjamin keselamatan sesuatu makanan yang dihasilkan ianya meliputi perkara-perkara berikut:

  1. Pemilihan bahan mentah yang baik dan betul dan tidak melebihi daripada tarikh luput.
  2. Penyimpanan bahan mentah pada tempat dan suhu yang betul.
  3. Penyimpanan bahan mentah dan produk siap dalam peti sejuk hendaklah diasingkan dengan baik.
  4. Makanan hendaklah dimasak dengan sempurna pada suhu yang mencukupi yang berupaya membunuh bakteria dan kulat yang berbahaya yang terdapat pada bahan mentah.
  5. Bahan pembungkusan yang digunakan mestilah daripada kategori gred makanan dan berupaya mengelakkan produk makanan daripada pencemaran kimia, biologi mahupun fizikal.
  6. Makanan yang telah siapa dimasak ataupun produk siap hendaklah dihidangkan atau disimpan pada tempat dan suhu yang betul mengikut kategori makanan.
  7. Makanan yang dihidangkan mestilah sentiasa ditutup bagi mengelakkan dicemari oleh haiwan perosak seperti lalat, lipasa dan juga udara persekitaran yang berhabuk dan sebagainya.

Penyediaan makanan bersih dan selamat untuk dimakan merupakan satu tanggungjawab utama usahawan makanan dan minuman. Kefahaman yang jelas dan dilaksanakan dengan berkesan berupaya mengelakkan kejadian keracunan makanan yang telah membunuh ramai orang.

Daftar Kursus Pengendalian Dengan Shazazh Management & Services

SHAZAMAWATI ZAM HASHARI

Pengarah
SHAZAZH Management & Services
Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM

Daftar Kursus Pengendalian Dengan Intisar Academy & Consultancy

Pengarah
Intisar Academy & Consultancy Sdn Bhd
Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

On Key

Related Posts

Cegah Jangkitan COVID 19 Dengan Menjaga Kebersihan

Melihat kepada senario semasa ketika ini dengan penularan wabak koronavirus, Islam punyai langkah-langkah pencegahan yang sangat komprehensif, dimana Islam amat menitikberatkan kebersihan dalam semua aspek kehidupan terutamanya untuk mencegah jangkitan

peraturan kebersihan makanan 2009

3 Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang paling penting

“Pengendali makanan” dalam peraturan kebersihan makanan termasuklah mana-mana orang yang:- (a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan (c) mengendalikan kebersihan makanan yang